PERUTUSAN PENGERUSI
PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA


Y.Bhg. Datin Siti Bariah bt. Mohammed Bahari

PERUTUSAN PENGERUSI
(Y. Bhg. Datin Siti Bariah bt Haji Mohammed Bahari)


BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM


Saya berasa bangga dan bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan merakamkan sepatah dua kata didalam ruangan Sekapur Sireh di laman web PUSPANITA Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Y.Bhg. Datin Hjh. Siti Aminah bt Che Omar, mantan Pengerusi PUSPANITA Kerja Raya kerana atas semangat yang cekal dan sokongan berterusan kepada semua AJK Induk PUPSANITA Kerja Raya semasa beliau menerajui persatuan ini di Kementerian Kerja Raya, maka akhirnya laman web PUSPANITA Kerja Raya dapat direalisasikan dan dilancar pada 28 Mac 2008. Selain dari itu, pelan strategik jangka panjang (5 tahun) juga adalah cetusan dari idea beliau dan ianya telah disediakan untuk tahun 2008-2012 selain dari Kempen Ahli Seumur Hidup yang banyak memberi munafaat kepada ahli.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Induk/Tetap, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil, Wakil-Wakil Cawangan serta semua ahli PUSPANITA KKR dan Agensi dibawahnya atas kerjasama dan sumbangan idea dan maklumat untuk dimuatkan kedalam laman web ini. Sesungguhnya impian mengadakan laman web PUSPANITA KKR tidak mungkin menjadi kenyataan sekiranya tidak dengan kerjasama padu dari pihak Bahagian Teknologi Maklumat KKR/JKR khas dan kepada Hairunnisak bt Mohamad Runi khasnya bersama Puan Norhayatie bt Juffery dari Cawangan Kerja Bangunan Am, JKR yang telah dilantik sebagai web-master PUSPANITA Kerja Raya.

Akhir kata, saya menyarankan supaya semua ahli-ahli PUSPANITA Kementerian Kerja Raya terus berganding bahu melaksanakan misi yang telah ditetapkan dan memanifestasi moto ”WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT”

Salam Sejahtera.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

>> PENGENALAN
Laman rasmi PUSPANITA bagi Cawangan Kementerian Kerja Raya ini adalah diharapkan dapat memberi satu impak baru kepada semua ahli untuk mendapatkan maklumat. disamping itu, ia juga diharapkan dapat memberi pendedahan tentang penggunaan ilmu teknologi maklumat dalam mencari maklumat yang tepat.

pelbagai capaian secara terus dihubungkan melalui laman ini antaranya mengenai resipi, waktu solat, al-quran dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kenali Pengerusi kita...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.:Laman web ini adalah hak milik PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya 2008:.

Bahagian Teknologi Maklumat, Tingkat 4, Blok B, Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, 50580, Kuala Lumpur