Latarbelakang Penubuhan PUSPANITA

PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan pada 23 Mei 1983. PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Antara tujuan penubuhan PUSPANITA ialah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan meyatupadukan isteri-isteri dan anggota perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan.

PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan,Ketrampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus. PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukan ke beberapa Politeknik, Kolej di institusi dengan menampung sebahagian dari kos pelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPTS.

Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini. Isteri Y.A.B. Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

>> PENGENALAN
Laman rasmi PUSPANITA bagi Cawangan Kementerian Kerja Raya ini adalah diharapkan dapat memberi satu impak baru kepada semua ahli untuk mendapatkan maklumat. disamping itu, ia juga diharapkan dapat memberi pendedahan tentang penggunaan ilmu teknologi maklumat dalam mencari maklumat yang tepat.

pelbagai capaian secara terus dihubungkan melalui laman ini antaranya mengenai resipi, waktu solat, al-quran dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kenali Pengerusi kita...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.:Laman web ini adalah hak milik PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya 2008:.

Bahagian Teknologi Maklumat, Tingkat 4, Blok B, Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, 50580, Kuala Lumpur