Tabung Latihan PUSPANITA
Latar Belakang |
Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) ditubuhkan
pada 1998. Pelancarannya telah diadakan pada 7 Ogos 1998 oleh Y.A.Bhg.
Datin Paduka Dr. Siti Hasmah inti Haji Mohd. Ali selaku Pengerusi
PUSPANITA Kebangsaan. |
|
Tujuan |
Memberi bantuan kewangan dan perkhidmatan
kepada pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti kursus kendalian: a) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia b) Kementerian Pelajaran Malaysia c) Kementerian Sumber Manusia d) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi e) Kementerian Belia dan Sukan f) Kolej Universiti Lim Kok Wing g) ELS Language Centre Malaysia |
|
Objektif |
Tabung ini ditubuhkan untuk memberi
bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia amnya dan anak-anak
ahli PUSPANITA khususnya. Objektif TLP adalah seperti berikut: a) Memberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif tetapi kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi terpilih. b) Memberi maklumat dan panduan berkenaan bidang-bidang kursus yang ditawarkan oleh Institusi terpilih. Mengenalpasti Institusi Penganjur yang bersedia memberikan kursus/membiayai pelajar-pelajar. c) Memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus-kursus tertentu di Institusi terpilih. |
|
Muaturun |
a) Syarat Permohonon | |
| b) Borang Permohonan | ||
| c) Borang Tabung Latihan |
