PUSPANITA Kementerian Kerja Raya Malaysia

Hubungi Kami
Sejarah | Latarbelakang | Wawasan | Dasar & Strategi | Program
Perutusan Pengerusi | Senarai Bekas Pengerusi
Aktiviti | Logo PUSPANITA | Lagu PUSPANITA
subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link
subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link

PUSPANITA KKR wanita sepakat, negara meningkatsmall logo ...

Tabung Taman-Taman Syurga

TABUNG KE TAMAN-TAMAN SYURGA telah diilhamkan oleh Y.Bhg. Datin Hjh. Shamsiah bt Hj. Ja'afar, mantan PengerusiPUSPANITA KKR (2004-2005) dan telah dilancarkan pada 11 Disember 2004 di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kompleks Kerja Raya.

Tujuan tabung ini diwujudkan adalah diantaranya seperti berikut:
i. Untuk menggalakan ahli-ahli mempunyai sikap dermawan;
ii. Menunjukkan keprihatinan dan simpati kepada ahli-ahli yang di timpa
musibah atau yang memerlukan bantuan ; dan
iii. Mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara ahli-ahli.


Pada majlis pelancaran tersebut, sejumlah RM1,230.10 telah diperolehi daripada sumbangan ahli-ahli yang hadir pada hari tersebut.Tabung tersebut akan diedarkan pada setiap aktiviti PUSPANITA KKR dibawah kelolaan Jawatankuasa Kecil Kebajikan, PUSPANITA KKR. Pada masa ini tabung tersebut telah meningkat dan sebanyak RM2045.65 telah dapat dikumpulkan.


Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA KKR telah merangka satu perlembagaan untuk tabung ini yang diketuai oleh Y.Bhg. Datin Siti Aminah bt Che Omar, mantan Pengerusi PUSPANITA KKR (2005-2008) sebagai panduan kepada semua ahli-ahli.


A. KUMPULAN SASARAN

Bantuan daripada tabung ini adalah di khaskan kepada ahli yang menjadi AHLI SEUMUR HIDUP sahaja didalam kategori berikut:
i. Berpendapatan rendah ia itu kurang RM1,500.00 sebulan;
ii. Ibu Tunggal; dan
iii. Ahli Kurang Upaya.


B. SITUASI
i. Sakit - Ahli/suami/anak yang mengalami penyakit kronik dan dimasukkan ke wad tidak kurang dari 7 hari.
Kadar sumbangan ialah RM100.00 untuk satu (1) kali sahaja setahun.
ii. Kematian - Ahli/suami/anak sahaja. Kadar sumbangan ialah RM150.00
iii. Musibah - Ahli yang ditimpa musiobah seperti bencana alam(banjir/ribut), kebakaran dan kemalangan yang serious dan
dimasukkan ke wad tidak kurang dari 7 hari.Kadar sumbangan ialah RM100.00


C. SYARAT BANTUAN
i. Memperolehi derma daripada orang perseorangan;
ii. Sumbangan tertakluk kepada 1/4 atau 25% daripada jumlah duit tabung yang ada pada masa itu;
iii. Anak yang bersekolah rendah dan menengah sahaja;
iii. Pendapatan ahli + suami kurang dari RM3,000.00 sebulan ( ahli yang berkeluarga) dan mempunyai anak lebih dari 5 orang
yang bersekolah dan tertakluk kepada 1/4 atau 25% daripada
jumlah duit tabung pada masa itu. Wahai ahli-ahli, seeloknya jadilah ahli seumur hidup kerana ianya lebih
ekonomik dan mendapat banyak faedah. Yurannya hanya RM100.00 sahaja dan boleh dibuat bayaran secara dua(2)
kali ansuran. Mudah dan tidak perlu membuat pembayaran setiap tahun.

Antara kelebihan menjadi Ahli Seumur Hidup dengan PUSPANITA KKR ialah:
i. Mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa ia itu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam
mesyuarat agung perwakilan, mesyuarat khas atau mesyuarat-mesyuarat agung di peringkat cawangan dan boleh dipilih menjadi ahli majlis tertinggi dan ahli jawatankuasa cawangan.
ii. Mendapat cenderahati khas
iii. Layak mendapat bantuan dari Tabung Ke Taman Syurga.

PUSPANITA KKR |Hubungi Kami | ©2009 PUSPANITA KKR