Dasar PUSPANITA
1. Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing
wanita untuk pembangunan Kementerian Kerja
Raya Malaysia.2. Untuk membantu meningkatkan prestasi dan
imej Kementerian Kerja Raya Malaysia ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan.3. Memupuk dan memantapkan nilai positif di
kalangan wanita ke arah pembangunan dan
Kecemerlangan sahsiah dan kecemerlangan diri.4. Mengujudkan silaturrahim antara wanita-wanita
di peringkat agensi dibawah Kementerian kerja Raya Malaysia.5. Membantu memupuk hubungan kekeluargaan
yang harmoni ke arah membanteras gejala sosial.STRATEGI
1. Meningkatkan jumlah keahlian di kalangan isteri pegawai dan kakitangan, pegawai wanita dan kakitangan wanita di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.
2. Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di kalangan ahli-ahli.
3. Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA Kementerian kerja Raya Malysia dengan badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
4. Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar Kerajaan:
i. Ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
ii. Mengujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas.
iii. Penerapan nilai-nilai murni.
iv. Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar.
