PROJEK PEMBANGUNAN

Salah satu dari tugas utama Kementerian Kerja Raya (KKR) adalah melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur khususnya Jalan Persekutuan.  Ianya merangkumi kajian dan perancangan pembinaan Jalan Persekutuan dan juga pemantauan pembinaan projek Jalan Persekutuan. 

Selain dari Jalan Persekutuan, Kementerian Kerja Raya juga bertanggung jawab untuk membuat pemantauan terhadap projek-projek pembangunan seperti jalan, jambatan, lebuh raya, bangunan-bangunan agensi Kerajaan dan juga reka bentuk, kajian dan penyelidikan.   Bahagian Pembangunan dan Penswastaan  (BPP), KKR telah diberi tanggungjawab untuk mengurus, mengendalikan dan memantau peruntukan serta pelaksanaan projek-projek pembangunan KKR bagi memastikan projek-projek pembangunan yang dirancang dapat  disiapkan dengan sempurna dan mengikut jadual yang ditetapkan.  Bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan, projek-projek pembangunan dikategorikan kepada tiga (3) kategori iaitu Jalan dan Jambatan, Bangunan dan Projek Bukan Fizikal (contoh: kajian, penyelidikan dan reka bentuk).

Agensi pelaksana bagi projek-projek pembangunan KKR terdiri daripada Ibu Pejabat , Jabatan Kerja Raya (JKR), JKR negeri, Bahagian Perancang Jalan, Bahagian Kawal selia Penyenggaraan dan Lembaga Lebuh raya Malaysia.    

Maklumat mengenai projek pembangunan KKR yang terdapat di portal ini terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu:

  1. Projek siap
  2. Sedang dilaksanakan
  3. Dalam perancangan

Maklumat projek siap mengandungi maklumat am, gambar-gambar projek dan peta lokasi.  Manakala gambar dan peta lokasi bagi projek yang sedang dilaksanakan masih dalam proses pengemaskinian. Bagi projek dalam perancangan pula, hanya senarai projek yang telah dirancang akan dipaparkan.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi projek pembangunan, sila buat pilihan pada kotak menu di bawah dan klik pada butang ”Carian”.

Pilihan :

 
  0) { echo ""; echo ""; $bil = 1; while($row_projek=mysql_fetch_array($uv_agensi)) { echo ""; $bil++; } ?> "; } ?>
BilNama Projek
"; echo $bil; echo ""; echo "" . $row_projek["namaprojek"] . "
"; echo "